Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhiri Dagangan Sesi Pagi
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhiri Dagangan Sesi Pagi

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhiri Dagangan Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri dagangan sesi pagi pada Rabu, apabila pengambilan untung ke atas saham wajaran tinggi terpilih berterusan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.14 peratus atau 2.31 mata kepada 1,607.21 daripada 1,609.52 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 2.27 mata lebih tinggi kepada 1,611.79 sebelum bergerak di antara 1,606.49 dengan 1,612.63 sepanjang sesi itu.

Bagaimanapun, lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 466 berbanding 409, manakala 488 kaunter tidak berubah, 1,105 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.14 bilion unit bernilai RM1.17 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd apabila sentimen di Amerika Syarikat (AS) berubah menjadi positif, minat belian mungkin tempias ke pasaran saham tempatan.

Pelabur juga akan memantau data ekonomi utama termasuk Indeks Harga Pengguna AS lewat malam ini, serta indeks jualan runcit dan pembuatan AS minggu ini, tambahnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Firma pembrokeran itu menjelaskan daripada perspektif teknikal, indeks penanda aras dijangka mencecah paras rintangan pada sekitar 1,614 hingga 1,629 manakala sokongan di antara 1,589 dengan 1,594.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.20, Public Bank susut 4.0 sen kepada RM4.22, Tenaga dan CIMB masing-masing turun 2.0 sen kepada RM13.88 dan RM7.40 manakala IHH Healthcare meningkat 2.0 sen kepada RM6.30.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...