Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 2 Ogos –Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, seiring dengan aliran menurun dalam pasaran serantau berikutan kebimbangan yang timbul terhadap pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang perlahan dan petunjuk dasar monetari yang ketat oleh Bank of Japan (BoJ).

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.12 mata, atau 0.75 peratus, kepada 1,612.13 daripada 1,624.25 ketika ditutup semalam.

FBM KLCI dibuka 4.94 mata lebih rendah pada 1,619.31 dan bergerak antara 1,609.65 dan 1,619.31 pada sesi pagi.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 1,162 kepada127, manakala 271 kaunter tidak berubah, 858 tidak diniagakan, dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 2.63 bilion unit bernilaiRM1.70 bilion.

Dalam satu nota, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata FBM KLCI mungkin melanjutkan mod penyatuannya dalam jangka pendek berikutanpelabur mengambil kira ketidaktentuan pendapatan dalam musim keputusan Ogos akan datang, ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah, dan kebimbangan mengenai ekonomi AS yang perlahan.

“Bagaimanapun, kemerosotan itu berkemungkinan dikawal oleh Rizab Persekutuan AS yang cenderung menurunkan kadar faedah,pengukuhan ringgit, dan aliran masuk bersih berterusan daripada pelabur asing.

"Melainkan ia mencecahdi bawah paras sokongan 1,600-1,606, FBM KLCI mungkin meneruskan trajektori menaiknya ke arah paras 1,638 selepas penyatuan yang sihat," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM10.24, Public Bank turun satu sen kepada RM4.25, Tenaga Nasional merosot12 sen kepada RM13.98, CIMB susut lima sen kepada RM7.38, dan IHH Healthcare turun tujuh sen kepada RM6.25.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...