Home Pasaran Bursa Malaysia Meningkat Semula Disokong Minat Belian Baharu
Pasaran

Bursa Malaysia Meningkat Semula Disokong Minat Belian Baharu

Bursa Malaysia Meningkat Semula Disokong Minat Belian Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Livevartha)– Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh minat belian baharuwalaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 7.39 mata atau 0.44peratus kepada 1,660.94 daripada 1,653.55 semalam.

Indeks dibuka rendah 4.93 mata kepada 1,658.48.

Pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 201 berbanding 157, dengan 231 kaunter tidak berubah, 1,901 tidak diniagakan dan 80 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 128.62 juta unit bernilai RM86.01 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI meningkat hampir kepada paras 1,650 semalam berikutan kehadiran lebih ramai penjual selepas seminggu belian saham yang berterusan.

“Kami melihat pembetulan ini sebagai sesuatu yang baikmembolehkan pasaran meneliti aktiviti belian yang terkini.

“Bagi hari ini, kami menjangkaindeks akan berada dalam julat 1,650 hingga 1,660 berikutanpendapatan daripada syarikat korporat Malaysia dilihat baik setakat ini, terutamanya daripada syarikat permodalan besar yang akan mendorong semakan semula pertumbuhan pendapatan keseluruhan bagi tahun 2024,”katanya kepada Livevartha.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM10.72, CIMB menambah lima sen kepada RM8.05, Tenaga melonjak 24 sen kepada RM14.18 dan IHH meningkat dua sen kepada RM6.31.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...