Home Pasaran Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Kekalkan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia mencatat peningkatan merentasi semua papan pada tengah hari Jumaat, seiring dengan prestasi sebahagian besar pasaran serantau dan menjejaki prestasi semalaman Wall Street, kata penganalisis.

Pada12.30 tengah hari, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 5.57 mata atau 0.33 peratus kepada1,641.01 daripada1,641.44 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.85 mata kepada1,643.29 dan bergerak dalam julat 1,641.71 hingga 1,648.57 sepanjang sesi dagangan itu.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu499 berbanding 354 manakala 482 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,157 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.28 bilion unit bernilai RM972.96 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata seiringjangkaan terhadap pengumuman Belanjawan 2025 petang ini, kalangan pelabur berkemungkinan akan mempertimbang sektor-sektor seperti pembinaan, hartanah, bahanbinaan dan utiliti yang dilihat sebagai penerima manfaat.

Firma pembrokeran itu turut menyifatkan kaunter perladangan, minyak dan gas serta kewangan sebagai berpotensi dari segi ganjaran dividen yang menarik.

Dari segi teknikal, Malacca Securities menjangkakan paras rintangan sekitar1,647-1,652 manakala sokongan pada 1,612-1,617.

Saham wajaran tinggi menyaksikan PMetalnaik 12 sen kepada RM4.84, Axiata meraih 5.0 sen kepada RM2.40, Genting menokok 6.0 sen kepada RM4.05, QL Resources menambah 7.0 sen kepada RM4.80 dan YTL Corporation meningkat 3.0 sen kepada RM2.28.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...