Saturday , 22 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Dalam Fasa Konsolidasi Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Dalam Fasa Konsolidasi Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Bursa Malaysia Kekal Dalam Fasa Konsolidasi Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Livevartha) –Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa konsolidasi, dengan kecenderungan meningkat buat masa ini, sehingga terdapat pemangkin baharu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata walaupun konsolidasi jangka pendek ini, trend jangka panjang kekal meningkat berikutan indeks masih terusmelebihi purata pergerakan eksponen (EMA) 50 hari.

“Kami menjangka sektor yang perlu diberi tumpuan pada minggu depan ialah perladangan, tenaga dan bank berdasarkan penilaiannya yang menarik.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan turun naik dalam julat 1,605-1,625 minggu depan dengan paras sokongan berada pada 1,600, diikuti 1,592,”katanya kepada Livevartha.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 23.67 mata kepada 1,612.88 daripada 1,636.55 minggu lepas.

Pada minggu ini, Bursa Malaysia mencatatkan turun naik, bermula rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dan kelembapan pasaran serantau. Ia meningkat semula dalam tempoh yang singkat berikutan pelabur membeli saham mewah terpilihtetapi kembali rendah disebabkan jualan besar-besaran di peringkat global.

Pasaran mencatatkan penurunan berikutan impak negatif Wall Street dan rendah semasa mengakhiri minggu ini dengan dagangan berhati-hati dalam persekitaran ketidaktentuan global.

Di papan indeks, IndeksFBM Emas merosot 195.53 mata kepada 12,463.73, Indeks FBMT 100 jatuh 181.86 mata kepada 12,050.56, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 295.95 mata kepada 12,741.15, Indeks FBM 70 susut 297.86 mata kepada 18,530.15 dan Indeks FBM ACE turun 140.12 mata kepada 5,794.09.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Kekal Dalam Fasa Konsolidasi Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...