Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Prestasi Kukuh Bursa Serantau
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Prestasi Kukuh Bursa Serantau

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Prestasi Kukuh Bursa Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Ogos(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup tinggihari ini seiring dengan prestasi kukuh di kebanyakan bursa serantau lain, mendapat rangsangan daripadakenyataan Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Jumaat yang menunjukkan kecenderunganke arah dasar monetari lebih akomodatif.

Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik3.22 mata atau0.20 peratus kepada1,638.96 daripada paras penutup1,635.74 pada Jumaat minggu lepas.

Pasaran tempatan disokong oleh kenaikan kukuh dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks seperti Malayan Banking Bhd (Maybank), Tenaga Nasional Bhd (TNB) danPress Metal Aluminium Holdings Bhd.

Ketiga-tiga kaunter ini menyumbang4.998 mata kepada peningkatan indeks komposit dengan Maybank naik 10sen kepadaRM10.54, TNBmelonjak 20 sen kepada RM13.92 danPress Metal meningkat tujuh sen kepadaRM5.21.

Indeks utama dibuka tinggi naik4.08mata kepada 1,639.82 dan bergerak antara paras1,634.72 dan 1,643.95 sepanjang hari dagangan.

Bagaimanapun, di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 578 berbanding506, dengan434 kaunter kekal tidak berubah, 1,008 tidak diniagakan dan17 digantung.

Jumlah dagangan susut kepada2.82bilion unit bernilai RM2.62bilion daripada3.53 bilion unit bernilaiRM2.80 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberi tahu Livevartha indeks utama serantau meningkat susulan harapan penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) apabila dolar AS dan hasil bon AS menyusut sementara menunggu pengumuman data inflasi di AS dan Eropah.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...