Saturday , 22 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi, menjelang keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengenai kadar faedah esok, dengan jangkaan penurunan kadar faedah yang ketara meningkatkansentimen.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik11.58 mata atau0.7 peratus kepada1,663.73 daripada1,652.15 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran meningkat2.16 mata kepada1,654.31 dan bergerak antara1,651.55 dan1,664.99 sepanjang sesi dagangan.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 483 kepada 435, dengan 404 kaunter tidak berubah,1,183 tidak diniagakan dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.94 bilion unit bernilaiRM1.70 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata peniaga meletakkan harga berdasarkan potensi penurunan kadar faedah 50 mata asas oleh Fed.

“Minggu ini, peniaga (juga) akan memberi tumpuan kepada jualan runcit AS dan momentum belian mungkin berlanjutan di peringkat tempatan," katanyasambil menambah bahawa prestasi Nasdaq yang lebih lemah, ditambah dengan ringgit yang lebih kukuh pada RM4.298 berbanding dolar AS, mungkin memberi kesan negatif kepada sektor teknologi.

“Bagaimanapun, ringgit yang kukuh boleh menyokong sektor domestik seperti pengguna dan utiliti. Selain itu, kami melihat potensi dalam pembinaan, harta tanah dan bahan binaan, kerana pendapatan daripada projek pusat data mungkin mula diraih pada masa depan,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB melonjak 21 sen kepada RM8.37, TNB menambah 10 sen kepada RM14.88 manakala IHH Healthcare melonjak 31 sen kepada RM7.09. Hong Leong Bank menokok lapan sen kepada RM21.28, Maybank tidak berubah pada RM10.64 dan Public Bank susut satu sen kepada RM4.69.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...