Home Pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi, Indeks Komposit kekal di atas paras 1,600
Pasaran

Bursa Malaysia ditutup tinggi, Indeks Komposit kekal di atas paras 1,600

Bursa Malaysia ditutup tinggi, Indeks Komposit kekal di atas paras 1,600

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 12 Ogos(Livevartha) — Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya hari ini melepasi paras psikologi 1,600 di tengah-tengah sentimen pasaran global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.

Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.66peratus atau10.61mata kepada 1,606.66 daripada paras penutup1,596.05 pada Khamis.

Indeks utama dibuka tinggi naik2.48 mata kepada1,598.53, mencecahparas intra hari tertinggi pada1,609.57 pada sesi dagangan awal pagi.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak646 berbanding406, dengan 522 kaunter tidak berubah,868 tidak diniagakan dan22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada4.01bilion unit bernilai RM2.931bilion daripada4.19bilion unit bernilaiRM2.93bilion.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata indeks utama serantau kebanyakannya ditutup positif dengan para pelabur menumpu kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan China bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai pertumbuhan global.

Beliau berkata laporan indeks harga pengguna AS pada Rabu penting kepadaRizab Persekutuan AS (Fed AS) memandangkan ahli ekonomi menjangkakan kenaikan inflasi keseluruhan dan juga inflasi teras manakala pelabur di China menjangkakan lebih banyak rangsanganuntuk menyokong ekonomi negara itu.

“Bagi bursa tempatan, kami optimis ekuiti Malaysia akan bergerak daripada fasa penstabilan menuju ke paras 1,620 buat masa ini sehingga pemangkin baharu muncul.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...