Saturday , 22 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan tiga hari berturut-turut
Pasaran

Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan tiga hari berturut-turut

Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan tiga hari berturut-turut

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Julai(Livevartha) –Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini mengakhiri penurunan tiga hari dagangan berturut-turutnya sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau apabila para pelabur optimisRizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan menurunkan kadar faedahnya pada September.

Pada5 petang,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat11.68 mata0.72 peratus kepada 1,624.56 daripada paras penutup1,612.88 pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka tinggi naik4.28 mata kepada1,617.16 dan bergerak antara paras1,616.35 dan 1,625.55 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 626 berbanding455, dengan 531 kaunter tidak berubah, 899 tidak diniagakan dan77 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada4.23 bilion unit bernilai RM2.89 bilion daripada 3.83 bilion unitbernilaiRM2.70 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran utama serantau menyaksikan aliran positif apabila para pelabur menjangkakan Fed AS akan memberi bayangan kemungkinan penurunan kadar pada September semasa mesyuarat dasarnya pada Rabu.

"Pada masa sama, mesyuarat pemimpin politik China yang akan diadakan tidak lama lagi mungkin akan memperkenalkan langkah-langkah rangsangan tambahan susulan penurunan kadar yang tidak dijangkakan pada minggu lepas.

"Di Jepun,Bank of Japan dijadualkan bermesyuarat pada Rabu dengan pasaran menjangkakan kemungkinan kenaikan kadar sebanyak 10 mata asas kepada 0.2 peratus," katanya kepadaLivevartha.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Aktiviti Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — -Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Kukuh Minyak Kacang Soya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup...