Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Data Pekerjaan AS
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Data Pekerjaan AS

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Data Pekerjaan AS

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia mengalami penurunan dan ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki langkah berhati-hati dalam pasaran global menjelang data pekerjaan Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan lewat malam ini.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 11.70 mata atau 0.7 peratus kepada 1,653.12 daripada 1,664.82 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.65 mata lebih tinggi kepada 1,669.47 dan bergerak antara 1,671.83 hingga1,648.42 sepanjang dagangan hari ini.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 662 berbanding 316, manakala 474 kaunter tidak berubah, 1,003 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 2.35 bilion unit bernilai RM3.06 bilion daripada 3.28 bilion unit bernilai RM3.41 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata selepas mengekalkan kadar faedah pada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun untuk membendung inflasi, Rizab Persekutuan (Fed) AS akhirnya telah memberi isyarat bahawa pengurangan kadar faedah mungkin berlaku tidak lama lagi.

Beliau berkata laporan terkini mengenai tawaran pekerjaan dan pemberhentian kerja di AS bagi Julai menunjukkan pengambilan pekerja menurun, sekali gus mengukuhkan lagi keperluan untuk pengurangan kadar faedah bagi melindungi pasaran pekerjaan dan mencegah kemelesetan di AS.

Selain itu, Beige Book Fed iaitu ringkasan mengenai ulasan berkenaan keadaan ekonomi semasa oleh Fed di peringkat daerah juga mendedahkan bahawa aktiviti ekonomi adalah mendatar atau semakin lemah di kebanyakan kawasan baru-baru ini, katanya.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...