Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akhiri Kenaikan Dua Hari Berturut-turut
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akhiri Kenaikan Dua Hari Berturut-turut

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akhiri Kenaikan Dua Hari Berturut-turut

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 8 Ogos(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turut susulan ketidakpastianberhubung dasar penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) dan Bank of Japan (BoJ), kata seorang peniaga.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kebimbanganyang membelenggupelabur adalah sama adaBoJ tidak akan menaikkan langsung kadarnya dan sama ada Fed AS akan memilih penurunan 25 atau50 mata asas.

Pada5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut1.49 mata atau0.09peratus kepada 1,590.38 daripada paras penutup1,591.87 pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka rendah turun5.91 mata kepada 1,585.96 dan bergerak antara paras1,579.69dan 1,593.24 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak651 berbanding445, dengan467 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada4.31bilion unit bernilaiRM3.09bilion daripada5.12bilion unit bernilaiRM4.02bilion.

Innes menjangkakan keadaan turun naikpasaran berterusan sehingga mesyuarat Fed yang akan datang padaSeptember.

"Jadi, walaupun pasaran tempatan dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran tetapi mencatatkan prestasi lebih baik berbanding kebanyakan pasaran lain,” katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...