Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akhiri Kenaikan 7 Hari Berturut-turut
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akhiri Kenaikan 7 Hari Berturut-turut

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akhiri Kenaikan 7 Hari Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos(Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini mengakhiri kenaikan tujuh hari berturut-turut berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti, tenaga dan teknologi, kata seorang penganalisis.

Pada sesi penutup FTSE Bursa Malaysia KLCI (KLCI) turun5.93 mata atau0.36 peratus kepada1,642.77 daripada paras penutup1,648.70 pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.86 mata kepada1,649.56 dan kemudiannyamencecah paras intra hari tertinggi pada1,660.29, paras yang kali terakhir direkodkanpada pertengahan Disember 2020.

Namun selepas itu indeks tersebut mula menyusut dan turun ke paras terendah1,637.45 pada sesi tengah hari.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 857 berbanding357, dengan 433 kaunter tidak berubah, 833 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada4.19bilion unit bernilaiRM4.55bilion daripada3.89 bilion unit bernilaiRM4.30 bilion pada Isnin.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng berkata di Asia, beberapa bursa mencatatkan aktiviti pengambilan untung, bagaimanapun kebanyakan pasaran serantau meneruskan trajektori meningkat mereka.

“Prestasi itu disokong oleh aliran masuk berterusan belian asing di tengah-tengah pengukuhan mata wang Asia berbanding dolar AS.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...