Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam 44 Bulan, Didorong Data Ekonomi Yang Kukuh
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam 44 Bulan, Didorong Data Ekonomi Yang Kukuh

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam 44 Bulan, Didorong Data Ekonomi Yang Kukuh

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia melonjak 1.53 peratus hari ini, dengan indeks komposit berakhir pada paras tertinggi dalam 44 bulan, didorong oleh sentimen positif susulan dataekonomi tempatan yang kukuh.

Pada penutup dagangan,FTSE Bursa Malaysia KLCI (KLCI) naik 24.80 mata kepada1,648.70 daripada1,623.90 ketika ditutup pada Jumaat.

FBM KLCI, yang menerajui peningkatan indeks serantau, terdahulu melonjak ke paras tertinggi intra day pada1,653.35, mencecah paras yang belum pernah dicapai dalam tiga tahun dan lapan bulan, yang ditutup1,652.49 pada 18 Dis, 2020.

Indeks dibuka tinggi 1.24 mata lebih tinggi pada1,625.14 dan turun pada paras1,624.58 pada sesi awal pagi.

Pada keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 606 kepada 546, dengan 463 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada3.89 bilion unit bernilaiRM4.30 bilion daripada3.22 bilion unit bernilai RM2.75 bilion Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkatapertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua Malaysia sebanyak 5.9 peratusmenandakan ekonomi domestik yang memberangsangkan.

"Prestasi luar biasa ini telah meningkatkan keyakinan pelabur dan menyokong peningkatan pasaran secara menyeluruh.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Dalam 44 Bulan, Didorong Data Ekonomi Yang Kukuh
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...