Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Prestasi Wall Street Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Prestasi Wall Street Bercampur-campur

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Prestasi Wall Street Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 31Julai (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu selepas prestasi semalaman bercampur-campur di Wall Street.

Saham-saham di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan prestasi bercampur-campur walaupun sentimen positif yang semakin meningkat dengan jangkaan bahawa kadar Rizab Persekutuan (Fed) AS akan turun pada September depan apabila pelabur mengurangkan pendedahan mereka terhadap saham teknologi menjelang laporan pendapatanminggu ini.

Pada9.10pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.77mata kepada 1,615.71 daripada 1,611.94di akhir dagangan semalam.

Indeks dibuka tinggi 1.39mata kepada 1,613.33.

Dalampasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 178berbanding 175dengan 304kaunter tidak berubah, 1,792tidak diniagakan dan 54lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 271.28juta unit bernilai RM110.21 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata mesyuaratJawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari dan sentimen mengenai pilihan raya AS akan datang adalah tumpuan utama dalam jangka terdekat dan ia mungkin mewujudkan keadaan turun naik dalam pasaran.

Firma pembrokeran itu berkata memandangkan pelabur di pasaran AS sedang meraihkeuntungan dalam sektor teknologi, iamungkin merebak kepada saham di pasaran tempatan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...