Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Positif Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Positif Wall Street

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Positif Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada trend meningkat prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka mengukuh 2.27 mata kepada 1,611.79.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 386 berbanding 73, dengan 216 kaunter tidak berubah, 1,793 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 159.92 juta unit bernilai RM87.60 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Livevartha, prestasi Wall Street meningkat berikutan sentimen yang dirangsang oleh data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang baik.

Justeru, katanya ini menggambarkan angka Indeks Harga Pengguna (IHP) yang akan dikeluarkan lewat hari ini adalah lebih rendah.

Beliau berkata, IHP yang lebih rendah akan menandakan penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada September.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...