Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas selepas Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang terkini pada Jun mencapai jangkaan pasaran.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, indeks harga PCE meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan dan naik 2.5 peratus tahun ke tahun pada Jun, sejajar dengan konsensus pasaran.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.89 mata kepada 1,618.77 daripada 1,612.88 pada Jumaat lepas.

Indeks dibuka tinggi 4.28 mata kepada 1,617.16.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 280 berbanding 139, dengan 343 kaunter tidak berubah, 1,749 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 352.85 juta unit bernilai RM133.41 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,Wall Street ditutup tinggi berikutan pelabur kembali kepada saham wajaran tinggi teknologi yang telah mewujudkan jualan pada awal minggu lepas.

Katanya PCE utama sejajar dengan unjuran, meningkatkan jangkaan penurunan kadar faedaholeh Rizab Persekutuan AS tidak lama lagi.

Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya pada minggu ini, peniaga akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan China, jualan rumah AS, data pekerjaan AS dan PMI Pembuatan ISM AS.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...