Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Rendah Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Selepas Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis walaupun prestasi semalaman di Wall Street adalah positif, berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedah.

Fed turut memberi petunjuk mengenai kemungkinan pelonggaran dasarnya pada September jika inflasi turun.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.12 mata kepada 1,624.45, daripada 1,625.57 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.30 mata lebih tinggi kepada 1,625.87.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 309 berbanding 143, manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,662 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung,

Jumlah dagangan sebanyak 236.64 juta unit bernilai RM139.96 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan prestasi semalaman di Wall Street turut diterajui oleh Nasdaq susulan prestasi kewangan kukuh pembuat cip utama yang menaikkan saham semikonduktor.

“Memandangkan syarikat teknologi utama Amerika Syarikat (AS) melaporkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan, ini mungkin mendorong minat belian yang tinggi terhadap sektor teknologi tempatan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...