Home Pasaran Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau berikutan kebimbangan terhadap geopolitik di Timur Tengah, kata penganalisis.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.06 mata atau 0.37 peratus kepada 1,654.03 berbanding 1,660.09 semasa ditutup pada Jumaat. Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.80 mata lebih tinggi kepada 1,661.89.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 604 berbanding 399, dengan 439 kaunter tidak berubah, 1,040 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.32 bilion saham bernilai RM1.25 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan indeks petunjuk pasaran tempatan berada dalam julat antara 1,660 dan 1,670 hari ini.

“FBM KLCI terus menyaksikan konsolidasi walaupun beberapa cubaan untuk mengatasinya. Bagaimanapun, kami menjangkakan anjakan meningkat, dipacu minat belian berikutan penilaian menarik, keadaan ekonomi bertambah baik, dan pendapatan korporat yang kukuh,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, beliau berkata Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan sentimen bertukar bercampur-campur selepas beberapa siri laporan pekerjaan yang kurang memberangsangkan.

"Pelabur berharap kepada penurunan yang sederhana, dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat meredakan inflasi tanpa menjejaskan pertumbuhan dengan ketara, disokong oleh penurunan kadar 50 mata asas yang diumumkan pada mesyuarat dasar bulan ini," katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...