Home Pasaran Aktiviti Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Pasaran

Aktiviti Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Aktiviti Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Livevartha)– Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila dibuka rendah hari ini dengan aktiviti jualan sederhana membabitkan kaunter perladangan selain produk dan perkhidmatan pengguna, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.91 mata kepada 1,646.0 daripada 1,648.91 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka turun 1.49 mata kepada 1,647.42.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 221 berbanding 194 manakala307 kaunter tidak berubah, sebanyak1,697 tidak diniagakan dan enam lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak229.62 juta unit bernilai RM115.68 juta.

Dalam nota penyelidikannya, firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun terdapat sentimen positif di China dan Hong Kong, saham-saham tempatan diasak tekanan semalam dengan minat jualan ketara manaka di Amerika Syarikat (AS), aliran sebaliknya menyaksikan Dow Jones dan S&P 500 mencecah kenaikan baharu.

“Kalangan peniaga memberi reaksi terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell yang membayangkan jika ekonomi berkembang, dasar monetari akan beralih secara berperingkat ke arah pendirian lebih neutral.

“Kemungkinanpengurangan 25 mata asas oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada November telah melonjak kepada 64 peratus daripada 47 peratus pada Jumaat lepas.

"Antara perkembangan utama yang akan dipantau teliti oleh peniaga termasuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) AS, senarai gaji bukan ladang dan tuntutan pengangguran di negara maju itu," katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Aktiviti Jualan Sederhana Asak Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...