KUALA LUMPUR: Perdagangan tenaga boleh diperbaharui (RE) dengan Singapura sejak Disember lalu membuktikan langkah penting Malaysia secara rasmi menjadikan Projek Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid – APG) sebagai realiti. Presiden Tenaga Nasional berhad (TNB), Datuk Ir. Megat Jalaludin Megat Hassan berkata, pihaknya kini berada di barisan hadapan dalam memperluas kerjasama tenaga serantau. Katanya, perdagangan elektrik hijau rentas sempadan dari Malaysia ke Singapura telah mencapai antara 30 hingga 50 megawatt dan ia menggunakan sambungan grid sedia ada yang mampu menampung sehingga 1,000 megawatt. “Ini adalah sebahagian daripada projek perintis untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya