Home Nasional PM terima kunjungan Dr Omar bincang gencatan senjata di Gaza
Nasional

PM terima kunjungan Dr Omar bincang gencatan senjata di Gaza

PM terima kunjungan Dr Omar bincang gencatan senjata di Gaza

Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ilmuwan dan pendakwah terkenal Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman

KUALA LUMPUR, 3 Februari– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan ilmuwan dan pendakwah terkenal Amerika Syarikat, Dr Omar Suleiman berketurunan Palestin yang berpengkalan di Texas, Amerika Syarikat.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta peranan Malaysia dalam menegakkan mesej Islam yang inklusif dan sederhana.

\”Beliau turut menyampaikan penghargaan terhadap usaha Malaysia melalui platform multilateral dalam program pembangunan semula Gaza yang kini sedang digiat dirancang sebaik-baiknya\”, katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menerima kunjungan hormat dari Pengarah Urusan Syarikat Neutral Transmission Sdn. Bhd. Dr Mohamed Awang Lah bersama delegasi.

Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan pemerkasaan prasarana serta industri telekomunikasi negara yang akan memberi manfaat kepada perkhidmatan internet, jalur lebar, teknologi 4G, 5G dan sebagainya.

\”Moga perkongsian pandangan ini dapat membuka peluang dalam menambah baik infrastruktur serta kemajuan teknologi di Malaysia, Insya-Allah\”, katanya.

0302 PM KUNJUNGAN DR LAHFoto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....