Home Nasional Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Nasional

Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat

Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat

Beberapa buah kenderaan yang dipercayai membawa Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan keluar daripada Kompleks Seri Perdana, selepas Sesi Taklimat Prapersidangan Dewan Rakyat/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 2 Februari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana di sini.

Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil serta barisan Jemaah Menteri pada sesi perbincangan secara tertutup yang bermula tengah hari tadi dan berakhir kira-kira 5.00 petang.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu menjadi tumpuan utama.

Berdasarkan takwim menerusi laman sesawang rasmi Parlimen, selain pembentangan usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja, persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung selama 18 hari turut menyaksikan Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu selama tujuh hari mulai 4 Februari.

Sidang Parlimen kemudian diteruskan dengan sesi jawapan oleh menteri berkaitan pada 19 hingga 25 Februari, menurut takwim itu.

Persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang (RUU) dan urusan kerajaan yang lain bermula 26 Februari.

Ia membabitkan RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024, RUU Majlis Media Malaysia 2024 serta RUU BERNAMA (Pindaan) 2024.

Selain itu, Kertas Putih Agenda Negara Menua juga akan dibentang di Dewan Rakyat yang menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi jangka sederhana dan panjang memandangkan Malaysia menuju negara menua menjelang 2030 dan negara tua menjelang 2044.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....