Home Nasional Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang
Nasional

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

Banjir Sarawak: Penduduk terjejas berkurang

FOTO BERNAMA

KUCHING, 2 Februari- Situasi banjir di Sarawak menunjukkan sedikit perkembangan positif dengan jumlah penduduk terjejas menurun.

Setakat pukul 10 malam tadi, penduduk terjejas banjir semakin berkurang kepada 10,507 orang berlindung di 49 pusat pemindahan sementara PPS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, ia melibatkan 3,077 keluarga.

Manakala sebanyak 19 PPS telah ditutup hari ini dan tiga daerah disahkan pulih sepenuhnya termasuk Kuching, Betong dan Kapit.

Bintulu masih merekodkan daerah tertinggi penduduk berlindung di PPS dengan jumlah 5,075 orang diikuti Serian 1,853 penduduk.

Sementara itu di Sabah, jumlah mangsa menurun kepada 155 orang daripada 41 keluarga, berbanding 675 orang daripada 181 keluarga pada 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan daerah Lahad Datu telah pulih sepenuhnya pada pukul 5 petang tadi, bagaimanapun, daerah Kinabatangan mula dilanda banjir.

Tongod kekal mencatatkan 155 mangsa (41 keluarga) di dua PPS, manakala satu PPS telah dibuka di Kinabatangan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....