Home Nasional Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil
Nasional

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Pelampung gelongsor jatuh, pengurusan taman tema bakal dipanggil

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin / Foto RTM

SEKINCHAN, 2 Februari-Kerajaan Selangor akan memanggil pihak pengurusan sebuah taman tema di Shah Alam dalam masa terdekat berikutan kejadian seorang pengunjung cedera tertimpa pelampung permainan gelongsor air kaca yang terjatuh.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pertemuan tersebut bagi menjawab beberapa persoalan berbangkit membabitkan isu keselamatan sebelum tarikan terbaharu taman tema itu dibenarkan beroperasi semula.

\”Kita sudah hentikan dulu, kalau ada keperluan untuk kita kenakan kompaun dan sebagainya.

\”Kita hentikan dulu kerana aspek keselamatan jadi keutamaan dan selepas itu kita akan panggil pihak terbabit untuk mereka menjawab beberapa persoalan kalau mereka hantar permohonan dan sebagainya. Kita akan proses sebagaimana biasa\”, katanya demikian elepas menghadiri Sambutan Perayaan Thaipongal Peringkat Negeri Selangor di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai insiden pelampung permainan gelongsor air kaca setinggi 60 meter dan sepanjang 600 meter di Menara SkyCity, i-City dipercayai terjatuh dan menimpa pengunjung.

Majlis Bandaraya Shah Alam menerusi satu kenyataan mengesahkan mengeluarkan sembilan notis terhadap taman tema berkenaan membabitkan tiga notis amaran pada 14 November 2024 dan satu notis amaran, 19 Januari lalu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....