Home Nasional Kerjasama Malaysia-Jepun menerusi kerangka CEAPAD, bina semula gaza
Nasional

Kerjasama Malaysia-Jepun menerusi kerangka CEAPAD, bina semula gaza

Kerjasama Malaysia-Jepun menerusi kerangka CEAPAD, bina semula gaza

Foto AFP

PUTRAJAYA, 31 Januari– Kementerian Luar Negeri komited sepenuhnya untuk bekerjasama dengan Jepun menerusi rangka kerja Persidangan Kerjasama Antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) bagi menjawab seruan mendesak rakyat Palestin untuk mendapatkan bantuan.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, ini selaras dengan kenyataan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 29 Januari, mengenai keperluan mendesak untuk mempercepatkan usaha pembangunan semula Gaza dan Palestin.

Bagi menyahut usaha ini, Malaysia akan turut serta dalam pembangunan semula infrastruktur penting, termasuk sebuah sekolah, hospital dan masjid, sebagai bukti komitmen bersama kerajaan, sektor swasta, dan rakyat Malaysia dalam menyokong usaha pemulihan Palestin.

Kementerian Luar Negeri kini sedang menyelaras dengan Jepun bagi menganjurkan Mesyuarat Menteri-Menteri CEAPAD Ke-4 (CEAPAD IV) di Malaysia pada tahun ini.

Inisiatif ini mencerminkan peranan proaktif Malaysia dalam mendapatkan sokongan antarabangsa serta menggalakkan kerjasama bagi memastikan usaha pembangunan semula Palestin dapat dilaksanakan secara mampan dan berkesan.

Malaysia dan Jepun akan berunding dengan peserta CEAPAD bagi mendapatkan komitmen dan sokongan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan usaha kumpulan ini dalam membangunkan semula Gaza.

Ini termasuk satu siri mesyuarat penyelarasan sebelum persidangan bagi memastikan bantuan dan sumbangan kepada Palestin disalurkan dengan lebih cekap, tersusun dan mampan untuk pembangunan jangka panjang.

Fokus utama CEAPAD IV akan merangkumi program pembangunan kapasiti, penyediaan bantuan kemanusiaan yang menyeluruh, dan pembangunan semula infrastruktur kritikal di Palestin.

Bidang-bidang ini penting dalam memperkukuh institusi Palestin serta meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, sejajar dengan komitmen teguh Malaysia terhadap kedaulatan dan hak penentuan nasib sendiri bagi Palestin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....