Home Nasional Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati kepada penduduk terjejas banjir di Sarawak & Sabah
Nasional

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati kepada penduduk terjejas banjir di Sarawak & Sabah

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati kepada penduduk terjejas banjir di Sarawak & Sabah

FOTO FB Kesultanan Pahang

KUCHING, 1 Februari- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Sabah dan Sarawak.

Dalam satu hantaran di media sosial Kesultanan Pahang, baginda berdua berdoa agar setiap urusan rakyat yang ditimpa bencana banjir dipermudahkan dan mereka dikurniakan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi musibah berkenaan.

\”Sesungguhnya, rakyat Borneo turut dekat dihati Paduka Baginda berdua malah rangkaian kenangan yang dicipta sepanjang Kembara Kenali Borneo yang dianjurkan Paduka Baginda berdua ketika bergelar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pada 3 hingga 13 September 2023, terus segar kekal dalam ingatan,\” menurut hantaran tersebut.

Perjalanan konvoi bersejarah itu merentasi Malaysia Timur, bermula di Sabah bergerak melalui Sarawak, dan juga termasuk lawatan ke Brunei sekaligus menjadi sebahagian daripada visi Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah untuk memperdalam hubungan antara institusi beraja Malaysia dan rakyat Malaysia Timur.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....