Home Nasional JPBN Sarawak perkukuh usaha tindak balas banjir
Nasional

JPBN Sarawak perkukuh usaha tindak balas banjir

JPBN Sarawak perkukuh usaha tindak balas banjir

FOTO BERNAMA

KUCHING, 30 Januari- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini telah mengadakan mesyuarat khas bersama agensi-agensi utama bagi menilai usaha tindak balas terhadap banjir yang sedang melanda seluruh negeri.

Mesyuarat melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN, Datuk Douglas Uggah Embas berkata fokus utama perbincangan adalah untuk memperkukuh usaha menyelamat dan menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas banjir.

Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau memaklumkan hujan lebat yang berpunca daripada Monsun Timur Laut telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan, termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Bintulu dan Miri.

\”Setakat ini, sebanyak 48 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka, menempatkan seramai 6,597 penduduk yang terjejas, melibatkan 1,808 ketua isi rumah.

\”Mereka yang dipindahkan menerima bantuan keperluan asas seperti makanan dan kelengkapan penting,\” katanya.

Jelasnya lagi, seramai 4,742 anggota penyelamat bersama 531 aset operasi telah digerakkan ke kawasan terjejas bagi melaksanakan misi menyelamat dan memberikan bantuan kecemasan.

\”JBPN turut memantau rapi situasi ini dan memastikan setiap tindakan diambil dengan pantas serta berkesan.

\”Tambahan anggota daripada bahagian lain juga akan dihantar ke kawasan berisiko tinggi bagi memperkukuh usaha menyelamat.

\”Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dan segera berpindah jika berada di kawasan terjejas sebelum keadaan bertambah buruk,\” kata Datuk Douglas.

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...