Home Nasional Timbalan Menteri Ekonomi tinjau kawasan banjir di Engkerbai, Mukah
Nasional

Timbalan Menteri Ekonomi tinjau kawasan banjir di Engkerbai, Mukah

Timbalan Menteri Ekonomi tinjau kawasan banjir di Engkerbai, Mukah

FOTO FB Hanifah Hajar Taib

MUKAH, 30 Januari- Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, turun padang meninjau kawasan Engkerbai, Mukah yang terjejas akibat banjir.

Banjir telah memutuskan jalan utama ke kawasan tersebut, menyukarkan akses ke rumah panjang dan sekolah, serta memberi kesan kepada penduduk setempat.

Dalam tinjauan itu, beliau turut menyerahkan bantuan bakul makanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk diagihkan kepada penduduk terjejas.

“Keselamatan penduduk adalah keutamaan dalam menghadapi situasi seperti ini,” katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya hari ini.

Beliau menambah, pihak berkuasa akan terus memantau keadaan dan bersedia mengambil tindakan sekiranya situasi bertambah buruk.

Penduduk juga disarankan untuk berhubung dengan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan segera.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada pusat pemindahan sementara PPS yang aktif direkodkan di bahagian Mukah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....