Home Nasional MOTAC perhebat promosi tarik pelancong ke Malaysia
Nasional

MOTAC perhebat promosi tarik pelancong ke Malaysia

MOTAC perhebat promosi tarik pelancong ke Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Promosi Tourism Malaysia, Samuel Lee (hadapan,lapan,kanan) bergambar kenangan pada Majlis Keraian Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di Sepang / Foto Bernama

SEPANG, 29 Januari – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) giat melaksanakan pelbagai promosi dan aktiviti bagi memastikan sasaran kemasukan pelancong tercapai, selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Kepengerusian ASEAN tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Promosi Tourism Malaysia, Samuel Lee berkata pihaknya kini memberi tumpuan kepada usaha memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi utama di rantau ASEAN, sekali gus memberi impak positif kepada industri pelancongan tempatan.

“Sempena Kepengerusian ASEAN tahun ini, Tourism Malaysia akan mempergiat promosi di rantau ASEAN, termasuk dalam kerangka kerjasama ASEAN Plus Three. Selain itu, lebih banyak pameran dan persidangan berkaitan perdagangan akan dianjurkan bagi menarik lebih ramai pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan ketibaan pelancong sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Terminal 1 dan 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....