Home Nasional Timbalan Menteri Digital terjejas banjir, rumah dinaiki air 1 meter
Nasional

Timbalan Menteri Digital terjejas banjir, rumah dinaiki air 1 meter

Timbalan Menteri Digital terjejas banjir, rumah dinaiki air 1 meter

FOTO RTM

BINTULU, 29 Januari- Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, turut terjejas dalam kejadian banjir yang melanda apabila kediamannya di Taman Sebiew, Bintulu dinaiki air sedalam satu meter.

Beliau bersama keluarga terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas paras air terus meningkat.

Ketika dihubungi RTM, Datuk Wilson memaklumkan bahawa beliau dan keluarga terpaksa meninggalkan rumah berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.

Beliau turut mengambil inisiatif membantu jiran-jirannya yang turut terkesan akibat banjir.

Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada pasukan APM atas tindakan pantas dalam menyelaras operasi pemindahan penduduk, meskipun menggunakan bot kecil.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....