Home Nasional Banjir Bintulu: Tiong turun padang bantu operasi menyelamat
Nasional

Banjir Bintulu: Tiong turun padang bantu operasi menyelamat

Banjir Bintulu: Tiong turun padang bantu operasi menyelamat

FOTO FB Dato\’ Seri Tiong King Sing (拿督斯里张庆信)

BINTULU, 29 Januari- Meskipun hujan lebat berterusan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Ahli Parlimen Bintulu turun padang bersama pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas akibat banjir.

Operasi itu turut disertai Ketua Polis Daerah Bintulu, Penguasa Polis (Supt) Nixon Joshua Ali serta anggota penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Bintulu.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Datuk Seri Tiong menyeru orang ramai agar saling membantu dalam menghadapi situasi sukar ini.

“Saya dan pasukan saya, bersama semua agensi berkaitan, akan melakukan yang terbaik untuk membantu semua yang terjejas,” katanya.

Beliau turut menzahirkan keprihatinan terhadap kesulitan yang dialami penduduk yang terjejas banjir dan berharap mereka kekal tabah dalam menghadapi ujian ini.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

2901 TIONG BANJIR 2FOTO FB Dato\’ Seri Tiong King Sing (拿督斯里张庆信)

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....