Home Nasional Sabah banjir: Jumlah penduduk terjejas terus meningkat di 9 daerah
Nasional

Sabah banjir: Jumlah penduduk terjejas terus meningkat di 9 daerah

Sabah banjir: Jumlah penduduk terjejas terus meningkat di 9 daerah

Kota Marudu antara daerah paling terjejas dengan banjir/Foto Kota Marudu

KUALA LUMPUR, 30 Januari – Seramai 2,393 penduduk daripada 822 keluarga terjejas akibat banjir di Sabah dengan 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di sembilan (9) daerah setakat pukul 9.20 pagi ini.

Laman sesawang InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan satu PPS baharu dibuka adalah di Lahad Datu dengan menempatkan 9 keluarga iaitu seramai 31 orang.

Sebelum ini, lapan daerah yang terjejas adalah Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan, Beaufort, Tongod dan Paitan.

Kota Marudu menjadi kawasan paling terjejas apabila 1,467 penduduk daripada 566 keluarga dipindahkan ke lima PPS yang disediakan.

Di Kota Belud turut terjejas dengan 214 penduduk daripada 63 keluarga dipindahkan ke dua PPS.

Di Telupid, seramai 195 penduduk daripada 48 keluarga telah dipindahkan di dua PPS.

Manakala di Beluran masih lagi kekal dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 190 penduduk daripada 55 keluarga yang terkesan akibat banjir.

Di daerah Sandakan, seramai 118 penduduk daripada 28 keluarga ditempatkan di satu PPS.

Sementara di Beaufort, satu PPS dibuka bagi menempatkan 102 penduduk daripada 29 keluarga.

Manakala Tongod mencatatkan 54 penduduk daripada 13 keluarga yang kini berlindung di satu PPS.

Di Paitan, seramai 11 keluarga berlindung di 2 PPS melibatkan 22 penduduk yang terjejas banjir.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....