Home Nasional Tanah runtuh Miri: Kisah duka Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak
Nasional

Tanah runtuh Miri: Kisah duka Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak

Tanah runtuh Miri: Kisah duka Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada 3.03 pagi berakhir pada 6.50 petang semalam/Foto Bomba

MIRI, 30 Januari – Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, di sini dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh awal pagi Rabu yang meragut lima nyawa.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada 3.03 pagi berakhir pada 6.50 petang dengan penemuan mangsa terakhir seorang wanita dewasa pada 6.06 petang yang berjaya dikeluarkan 20 minit kemudian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkatalima mangsa yang terkorban ialah Sazarena Arabi, 41, Fatimah Dawi, 71, Irsyad Syairah, 16, Nur Raisyah Syahirah, 8, dan Nur Rania Syafiqah, 11.

Semua mangsa tinggal serumah dan dua lagi penghuni rumah berkenaan iaitu Nur Irsalina Syairah, 17, mengalami kecederaan patah kaki kanan dan sedang menerima rawatan, manakala Arabi Samsudin, 71, tidak mengalami kecederaan.

Lima sekeluarga yang tinggal di sebuah lagi rumah terbabit dalam insiden itu terselamat iaitu Muhammad Mahmud, 60, Nur Athirah Nabinah, 29, Nur Afiqah 29, dan Nur Aqilah Nadirah, 18, manakala Massahan Mustafa, 58, cedera ringan di kaki kiri.

Tragedi berkenaan mendapat perhatian Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, yang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, turut berdukacita dengan kejadian menyayat hati yang berlaku ketika sambutan Tahun Baharu Cina dan meminta orang ramai agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga Jumaat ini – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....