Home Nasional Hujan berterusan dijangka di Sarawak, Sabah sehingga esok
Nasional

Hujan berterusan dijangka di Sarawak, Sabah sehingga esok

Hujan berterusan dijangka di Sarawak, Sabah sehingga esok

Foto hiasan

PETALING JAYA, 30 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga esok.

METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).

Manakala, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi).

Keadaan sama turut dijangka melanda negeri Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod.

Related Articles

Sabah banjir: Jumlah penduduk terjejas terus meningkat di 9 daerah
Nasional

Sabah banjir: Jumlah penduduk terjejas terus meningkat di 9 daerah

Kota Marudu antara daerah paling terjejas dengan banjir/Foto Kota MaruduKUALA LUMPUR, 30...

Tanah runtuh Miri: Kisah duka Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak
Nasional

Tanah runtuh Miri: Kisah duka Sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada 3.03 pagi berakhir pada...

JPBN Sarawak diarah pantau situasi banjir dan tanah runtuh
Nasional

JPBN Sarawak diarah pantau situasi banjir dan tanah runtuh

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg / Foto RTMKUCHING, 29...

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Sarawak, Sabah meningkat
Nasional

Banjir: Jumlah penduduk terjejas di Sarawak, Sabah meningkat

Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29 Januari – Jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak...