Home Nasional Seorang maut, empat tertimbus tanah runtuh di Miri
Nasional

Seorang maut, empat tertimbus tanah runtuh di Miri

Seorang maut, empat tertimbus tanah runtuh di Miri

Foto RTM

KUCHING, 29 Januari- Seorang maut manakala empat lagi tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jamri Masran, mangsa yang maut membabitkan seorang remaja.

Jelasnya, usaha mengeluarkan empat mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan setakat pukul 8.00 pagi.

Bagaimanapun, pihaknya terpaksa menghentikan operasi pencarian sementara waktu berikutan aliran elektrik yang masih belum diputuskan.

\”Kesemua mangsa yang masih tertimbus berumur antara lapan hingga 71 tahun.

\”Lapan mangsa lain bagaimanapun selamat dan telah dikeluarkan oleh pihak bomba,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambahnya, seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Miri Sentral dikejarkan ke lokasi kejadian.

Terdahulu, dua buah rumah di kampung terbabit tertimbus selepas berlaku tanah runtuh di kawasan bukit, kira-kira pada pukul 3.00 pagi tadi.

BERITA BERKAITAN:

  • Enam dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Miri

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....