Home Nasional Keakraban Malaysia-Indonesia, peluang perluas kerjasama, selesai isu tertangguh
Nasional

Keakraban Malaysia-Indonesia, peluang perluas kerjasama, selesai isu tertangguh

Keakraban Malaysia-Indonesia, peluang perluas kerjasama, selesai isu tertangguh

Perdana Menteri bergambar bersama Presiden Indonesia selepas lawatan ke Menara Berkembar PETRONAS/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Januari– Kesepakatan Malaysia dan Indonesia untuk memperluas kerjasama pelbagai bidang adalah bukti keakraban kedua-dua negara terus utuh.

Menurut Felo Majlis Profesor Negara, Prof. Dr Azmi Hassan, rakyat kedua-dua negara juga, boleh menaruh keyakinan, beberapa isu tertangguh, mampu diselesaikan secara tertib.

\”Keakraban ini kalau kita unjurkan kepada hubungan dua hala, ianya akan menguntungkan kedua-dua negara kerana keakraban di antara pemimpin itu amat penting dalam menyelesaikan banyak perkara di antara Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, kerjasama antara Petronas dan Pertamina pula boleh menjadi permulaan kepada penyelesaian tuntutan bertindih antara dua negara berjiran ini.

\”Kerana kita mempunyai tuntutan bertindih yang masih belum diselesaikan, kawasan maritim yang mereka panggil Ambalat, kita di sebelah Sulawesi Timur iaitu di sebelah timur Sabah masih belum diselesaikan dan banyak penerokaan minyak dikatakan bertindih di antara satu sama lain.

\”Jadi, kerjasama dengan Petronas dan Pertamina ini adalah satu langkah yang amat positif yang tidak akan berlaku, jikalau keakraban di antara dua pemimpin itu tidak tidak terjalin\”, katanya kepada RTM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....