Home Nasional SelangorFM jalin kerjasama dengan kerajaan negeri
Nasional

SelangorFM jalin kerjasama dengan kerajaan negeri

SelangorFM jalin kerjasama dengan kerajaan negeri

Pengarah Penyiaran Selangor, Zulkefli Mohd (kanan) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) / Foto RTM

SHAH ALAM, 28 Januari-Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Selangorfm komited untuk menjalin kerjasama strategik dengan kerajaan negeri menerusi pelbagai program yang akan diterbitkan pada Mac nanti.

Pengarah Penyiaran Selangor, Zulkefli Mohd, berkata program seperti Helo YB, Bandaraya Kita, dan PBT dan Anda akan menjadi platform untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa, dasar, serta pembangunan di seluruh negeri itu.

\”Program-program ini bertujuan memastikan rakyat lebih memahami usaha kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari di sini.

Selangorfm juga bergerak seiring dengan kerajaan negeri dalam membantu mempromosikan Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025 bagi mencapai sasaran lapan juta pelancong.

.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....