Home Nasional Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Nasional

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0

Foto Fail/ Bernama

MELAKA, 27 Januari – Kerajaan Melaka belum membincangkan cadangan mewujudkan Jonker Walk 2.0 di Jalan Hang Tuah sebaliknya perkara itu dilihat memerlukan kajian lebih terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

\”Walaupun kerajaan negeri menggalakkan produk baharu untuk merancakkan lagi sektor pelancongan namun perkara ini perlu diteliti secara mendalam termasuk daripada kesesuaian lokasi dan kaedah pelaksanaannya.

\”Jika mahu bawa Jonker Walk ke tempat baharu, perlu ada kajian mendalam … takut nanti bila pindah tempat baharu, tiada peniaga atau akan merosakkan suasana perniagaan yang lain,\” katanya kepada pemberita di Dataran Ayer Keroh di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Op Perayaan Tahun Baharu Cina dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz. – BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....