Home Nasional PM akan hadiri Sidang Kemuncak CEO APEC, bertemu pegawai kanan Google
Nasional

PM akan hadiri Sidang Kemuncak CEO APEC, bertemu pegawai kanan Google

PM akan hadiri Sidang Kemuncak CEO APEC, bertemu pegawai kanan Google

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

LIMA,14 November– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiriSidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini pada Khamis sebagai sebahagian daripada penglibatan beliau pada Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).

Beliau akan menjadi ahli panel dalam sesi bertajuk “Peluang dan Cabaran dalam RevolusiKecerdasan Buatan (AI)”bersama Naib Presiden Data & AIMicrosoft, Zia Mansoor, Ketua Pegawai Eksekutif Vobile, Yangbin Wang danNaib PresidenHal Ehwal Kerajaan & Dasar Awam Google, Karan Bhatia.

Turut menyertai sesi tersebut yang akan berlangsung diGrand National Theatre of Peru ialah ahli MajlisPerniagaanAPEC (ABAC) Kanada, Jan De Silva.

Sesi tersebut akanmembincangkanmengenai potensi transformasi AIdalam memacu pertumbuhan ekonomi sambil menangani keperluan kritikal bagi tadbir urus.

Selain itu,Anwar, yang juga menteri kewangan akan mengadakan sesi pertemuan bersemuka denganKaran Bhatia sertabertemu dengan Persatuan Islam Peru.

Jadual Anwar pada hari ini akan berakhir dengan penyertaan dalam dialog ekonomi peringkat tinggi ABAC bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto, yang menghadiri forumAPEC buat pertama kali selepas memegang tampuk pentadbiran.

Malaysia adalah salah satu daripada 12 ekonomi pengasas APEC.

APEC adalah forum antara kerajaan bagi21 negara anggota di Lingkaran Pasifik yang menggalakkan perdagangan bebas di seluruh rantau Asia-Pasifik. Ia mewakili hampir 40 peratus daripada populasi dunia, hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih 60 peratus daripada ekonomi global.- BERNAMA

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...