Home Nasional Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung secara berasingan melalui panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet dan dari Singapura, Lawrence Wong, bagi membincangkan isu-isu berkepentingan serantau.

Menurut Anwar dalam satu hantaran di Facebook, beliau telah memaklumkan kepada kedua-dua pemimpin itu mengenai hasil pertemuan beliau baru-baru ini di Bangkok dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar, serta Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar.

“Perdana Menteri Hun Manet dan Lawrence Wong menyuarakan sokongan dan menyambut baik pertemuan ini, yang dianggap sebagai satu kemajuan penting ke arah usaha damai yang berkekalan di Myanmar,” katanya.

Kedua-dua pemimpin juga menyokong usaha Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk meneruskan dialog inklusif dengan semua pihak berkepentingan, demi menjamin keselamatan petugas kemanusiaan dan membawa keamanan kepada rakyat Myanmar.

Dalam perbualan itu, isu perdagangan serantau turut disentuh, khususnya berkaitan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS). Malaysia, kata Anwar, telah menghantar wakil melalui Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

Malaysia turut memohon agar AS memberi ruang kepada negara-negara ASEAN untuk menyelesaikan isu berkenaan melalui mekanisme dua hala masing-masing, selain menyeru agar Washington melihat ASEAN sebagai satu ketumbukan dalam dasar dan pertimbangan perdagangan globalnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....