Home Nasional Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN

LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di sini, RM3,500 semalam, selepas mengaku bersalah memiliki 300 liter diesel tanpa lesen, awal tahun ini.

Tertuduh, Peter Ling Howe Fong, 43 tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Marlina Ibrahim, semalam.

Mengikut pertuduhan, Peter didakwa memiliki barangan kawalan berjadual itu yang disimpan di dalam tangki gentian tambahan di bahagian belakang pacuan empat roda, di sebuah kawasan perindustrian Bukit Kalam, sekitar 11.40 pagi, 6 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa KPDN Labuan Azman Sumin.

Mahkamah turut memutuskan semua barang kes termasuk kenderaan, hos dan pam elektrik, serta deposit hasil jualan minyak Diesel, dilucuthak dan diserahkan kepada KPDN untuk dilupuskan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....