Saturday , 28 December 2024
Home Nasional Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria Saad yang akan berangkat ke Azerbaijan, Jumaat ini / FOTO RTM

GURUN, 13 November- Dua orang pesawah dari Pendang, Kedah diundang oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB bagi menghadiri persidangan antarabangsa “UN COP 29 Climate Change Conference” di Baku, Azerbaijan.

Ia mendapat kerjasama sebuah syarikat berstatus MOSTI Bio Nexus Free The Seed, yang berpengkalan di Gurun, Kedah.

Persidangan antarabangsa tersebut bermula kelmarin sehingga 22 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Free The Seed, P. Ramaness berkata pemilihan dua pesawah tersebut berdasarkan komitmen mereka yang menyumbang dalam mengurangkan pelepasan korbondisite daripada pembakaran jerami padi.

\”Dua pesawah padi ini akan memberi melihat sendiri aktiviti-aktiviti \’no seed\’ bagaimana nak mengurangkan pemanasan iklim, pesawah padi boleh mendapat ilmu tambahandi mana mereka melihat sendiri inovasi-inovsi yang akan dibentangkan COP 29,apabila kembali ke tanah air nanti mereka boleh berkongsi dengan pesawah-pesawah padi lain,\” katanya ketika ditemui pemberita di Gurun.

Sementara itu, dua pesawah, Abdullah Mohamad, 58 tahun dan Keria Saad, 60 tahun dari Pertubuhan Peladang Kawasan PPK Pendang Selatan, mengucapkan terima kasih atas pemilihan mereka ke persidangan berkenaan.

Kedua-duanya akan berlepas ke Baku, Jumaat ini.

\”Apabila pergi nanti saya akan dapat pengalaman dan pengetahuan yang sebaik mungkin di sana untuk dibawa balik bagi dan berkongsi dengan pesawah lain,\” kata Abdullah.

\”Saya sangat gembira dapat dipilih untuk ke sana, walaupun sekarang sibuk urusan di bendang,\” kata Keria.

Syarikat Free The Seed menghasilkan produk-produk yang mudah terurai bagi mengantikan plastik dan polisterin menggunakan material jerami padi untuk membantu kelestarian alam sekitar.

Melalui kolaborasi bersama pesawah-pesawah di Pertubuhan Peladang Kawasan PPK Pendang Selatan, bermula 2018 sehingga kini, pihaknya telah membeli sehingga 4,500 tan metrik jerami padi.

Related Articles

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu
Nasional

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu

Kebakaran di bilik suis utama Hospital Tuanku Ja\’afarSEREMBAN, 26 Disember- Bilik suis...

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT
Nasional

Enam lagi ditahan susulan pergaduhan di LRT

Tangkap layar kes pergaduhan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik...

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan
Nasional

Guru wanita hilang dijumpai selamat di Teluk Intan

Foto RTMIPOH, 26 Disember- Guru wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember...

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat
Nasional

Kerajaan MADANI utamakan kesejahteraan rakyat

Foto Facebook Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 26 Disember– Memastikan kesejahteraan rakyat...