Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Mendatar Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Mendatar Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka tidak banyak berubah pada minggu depan dengan kecenderungan untuk peningkatan kecil pada minggu depan.

Berikutan itu, indeks penanda aras berkenaan dijangka menyaksikan dagangan pada julat 1,645 hingga 1,665.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata walaupun dari sudut teknikal puratapergerakan pertumpuan/pecapahan (MACD) kekal dalam wilayah menyusut, terdapat kemungkinan berlaku sebaliknya yang mungkin menandakan permulaan fasa lebih positif jika minat belian terus ketara.

“Pelabur perlu menunggu pergerakan lebih ketara melebihi 1,650 untuk peningkatan selanjutnya,” katanya kepada Livevartha.

Bagi minggu baru berakhir, kontrak bulan semasa Oktober2024 menokok 7.0 mata 1,645.0 manakala November 2024 naik 7.0 mata kepada1,648.0,Disember 2024 meraih 7.5 mata kepada 1,644.0 dan Mac2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,640.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 32,305 lot daripada 32,671 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 46,103 kontrak daripada 46,608 kontrak sebelum ini.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat,FBM KLCI meningkat sebanyak12.44 mata kepada 1,645.99 daripada 1,633.55 dalam minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...