Home Pasaran Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Livevartha) –Bursa Malaysia rendah pada tengah hari Rabu, diasakaktiviti pengambilan untung ketika pasaran dalam proses menerima pelaporan pendapatan korporat terbaharu di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada12.30 tengah hari, indeksFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.61 peratus atau10.15 mata ke paras 1,631.82 daripada 1,641.97 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama yang dibuka menokok1.83 mata kepada 1,643.80, juga bergerak dalam julat 1,630.14 hingga 1,643.80 sepanjang sesi dagangan pagi ini.

Sentimen di pasaran meluas kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu658 berbanding 255 manakala 419 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,161 tidak diniagakan dan lapan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak1.46bilion unit bernilai RM1.08 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd (MSSB) menjangkakan kalangan peniaga akan terus mengikuti rapat pengumuman data-data ekonomi selepas ini, termasuk jualan runcit dandata pekerjaan AS serta Keluaran Dalam Negara Kasar China.

Susulan penurunan nilai ringgit, peniaga juga berkemunginan mengalihkan tumpuan ke atas sektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan getah dan teknologi.

Pelabur pula dijangka akan terus meningkatkan pendedahan terhadap sektor yang mungkin meraih manfaat daripada Belanjawan 2025 yang dibentangkan pada Jumaat ini, termasuk pembinaan, hartanah, bahan binaan dan utiliti, kata firma pembrokeran itu menerusi nota penyelidikannya hari ini.

Dalam pada itu, saham berwajaran tinggi sepertiSD Guthrie dan PMetal susut 11 sen masing-masing padaRM4.61 danRM4.71,YTL Corporation turun 4.0 sen kepada RM2.27, Nestle merosotRM1.70 kepada RM104.30 manakala KLK rugi 28 sen kepada RM21.22.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...