Home Pasaran Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-campur Susulan Sentimen Serantau Lebih Lemah
Pasaran

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-campur Susulan Sentimen Serantau Lebih Lemah

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Bercampur-campur Susulan Sentimen Serantau Lebih Lemah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Okt(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campurpada Jumaat susulannasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan penanda aras harga minyak mentah apabila ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga terjejas susulankebimbangan mengenai peningkatan konflik di Timur Tengah.

"Namun, penurunanselanjutnya terhadkerana sentimen disokong oleh keyakinan terhadaprangsangan selanjutnyadari China dan data ekonomi global yang semakin baik," katanya kepada Livevartha.

Beliauberkata harga minyak merosotpada Jumaat selepas kenaikan pada hari sebelumnya, tetapi harga tetap berada pada landasan untuk kenaikanmingguan kedua berturut-turut kerana pelabur mempertimbangkan kesan kerosakan akibat taufan terhadap permintaan AS berbanding sebarang gangguan bekalan secara meluas jika Israel menyerang tapak minyak Iran.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM 20) susut sebanyak13sen kepada851sen sekilogram manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 748.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada853.5 sen sekilogram manakala lateks pukal berada pada749 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...