Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

Niaga Hadapan MSM Terus Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 9 Okt(Livevartha) –Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskanpenurunannya pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung menjelang pengumuman data bulan September Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)esok, kata seorang peniaga.

Penganalisis kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa menjangkakan pengeluaranturun sebanyak satu peratus manakalaeksport naik satu peratus dan stok akhir bulan meningkat keparas tertinggi dalam tempoh lapan bulan.

“(Unjuran itu adalah berdasarkan) eksport yang kurangmemberangsangkan, kekurangan daya saing berbanding minyak kacang soya dan pengeluaran lebih rendah disebabkan kitaran rendah.

“Selain itu, paras stoktinggi adalah disebabkan eksport yang lebih rendah dan stokpermulaan yang lebih tinggi,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata niaga hadapan MSM ditutuprendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah minyak mentah dan niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT) semalaman.

“Kami melihat paras sokongan padaRM4,200 dan paras rintangan padaRM4,380,” katanya.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata eksport minyak sawit Malaysia berjumlah 235,785 tan metrik, meningkat hampir 10 peratus dalam tempoh lima hari pertama Oktober.

Sementara itu, data Persatuan Pengilang-Pengilang Sawit Semenanjung Selatan (SPPOMA) yang berpangkalan di Johor menunjukkan pengeluaran minyak sawit kilang semenanjung selatan meningkat 8.13 peratus berbanding tempoh yang sama bulan lepas.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...