Home Pasaran Key Asic Bekerjasama Dengan NSW Dari Jepun Untuk Bangunkan Perniagaan ASIC
Pasaran

Key Asic Bekerjasama Dengan NSW Dari Jepun Untuk Bangunkan Perniagaan ASIC

Key Asic Bekerjasama Dengan NSW Dari Jepun Untuk Bangunkan Perniagaan ASIC

KUALA LUMPUR, 9 Okt(Livevartha) –Key Asic Bhd (Key Asic)memeterai perjanjian kerjasama dengan NSW Inc (NSW) iaitusatu daripada pembinapenyelesaian sistem terbesar Jepunbagimembangunkan perniagaan reka bentuk litar bersepadu khusus aplikasi (ASIC).

Syarikat itu berkata NSW akan menawarkan pelbagai penyelesaian, membolehkan kedua-dua syarikat mengembangkan kemampuan reka bentuk ASICsecara bersama dan menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik.

Key Asic berkataNSW memiliki kepakaran unik dan mengagumkan dalam pembangunan perisian, perkakasan dan cipterutamanya dalam teknologi internet pelbagai benda(IoT) sertakecerdasan buatan (AI)yang berjaya digunakan dalam pasaran.

"Keupayaan NSW akan membolehkan kami menyampaikan penyelesaian yang lebih lengkap dan bersepadu kepada pelanggan kami," katanya dalam makluman keBursa Malaysia hari ini.

Menurut syarikat berkenaan, perjanjian itumengambil masa selamalima tahunbermula pada 9 Okt,2024 dan berakhir pada 8 Okt,2029.

"Kerjasama ini dijangka mempercepatkan pertumbuhan dan penggunaan teknologi IoT dan AI Key ASIC di peringkat platform silikon," kata syarikat itu.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...