Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Ringgit Lemah, Gangguan Bekalan
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Ringgit Lemah, Gangguan Bekalan

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Ringgit Lemah, Gangguan Bekalan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnindisokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)selainberlakugangguan bekalan akibatcuaca buruk di Thailand, kata seorang peniaga.

Beliau berkata agensi meteorologi terkemuka Thailand turut memberi amaran mengenaihujan lebat di kawasan terpencildan lebih rendah yang mungkinberlaku di kawasan tengah sertaselatan negara itu dari 6 hingga 12 Okt, 2024.

"Aliran meningkat(pasaran getah hari ini) juga didorong oleh data ekonomi yang menggalakkan daripada ASdan China," katanya kepada Livevartha.

Peniaga itu menekankanekonomi AS telah menambah 254,000 pekerjaan bulan lepas, meningkat daripada 159,000 yang disemak naik pada Ogos, memandangkan pertumbuhan pekerjaan melebihi jangkaanmanakala kadar pengangguran berkurangan daripada paras bulan sebelumnya.

“Rizab pertukaran asing China meningkat lebih daripada jangkaan pada September, melonjaksebanyak US$28.2 bilion kepada US$3.32 trilion.

“Dalam pada itu, jualan hartanah di China berkembangsemasa cuti Hari Kebangsaan selepas pelbagai langkah rangsangan hartanah dilaksanakan bagimerangsang pasaran hartanah negara yang tertekan,” katanya.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM20)dan lateks pukal meningkat sebanyak 3.5 sen masing-masing kepada874.5 sen sekilogram dan 743 sekilogram.

Pada 5 petang, GMM20 berada pada 899.5 sen sekilogram manakala lateks pukal mencapai 747 sen sekilogram.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...