Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kenaikan Harga Minyak Mentah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kenaikan Harga Minyak Mentah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kenaikan Harga Minyak Mentah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Okt(Livevartha) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) diBursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaatdi tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kenaikan itudipacuoleh jangkaan peningkatan pesanan eksport MSMyang kukuhdan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,180 dan paras rintangan pada RM4,350,” katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaOktober 2024melonjakRM133 kepadaRM4,400 setiap tan, November 2024 meningkatRM123 kepada RM4,355setiap tan manakala penanda aras Disember 2024 meningkat RM118 kepada RM4,300 setiap tan.

Kontrak Januari 2025 bertambahRM110 kepada RM4,243 setiap tan, Februari 2025 berkembangRM101 kepada RM4,185setiap tan manakala kontrak Mac 2025 naik RM92 kepada RM4,128 setiap tan.

Jumlah dagangan sedikit menurun kepada 99,167 lot daripada 99,355 lot pada Khamismanakala kepentingan terbuka susutkepada 251,725 kontrak daripada 258,051 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatanmeningkat RM120 kepadaRM4,420 setiap tan.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...