Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, peniaga minyak sawit David Ng berkata pasaran berkemungkinan kekal tidak menentu apabila pasaran China menyambung semula dagangan selepas berehat seminggu.

"Kami menjangkakan harga MSM akan diniagakan antara RM4,150 setan metrik dan RM4,380 setan metrik minggu depan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh menjangkakan harga MSM akan lebih rendah minggu depan apabila peniaga mengambil keuntungan disebabkankenaikan harga baru-baru ini.

Beliau berkata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijangka mengeluarkan laporan prestasi industri untuk September 2024 pada minggu depan, dengan penganalisis mengunjurkan peningkatan dalam stok MSM pada bulan itu.

"Walaupun harga MSM akan turun disebabkan stok meningkat, ia masih lagi menguntungkan," katanya.

Teh menambah permintaan fizikal untuk MSM adalah dari India, China, Pakistan, negara-negara Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Eropah.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Oktober 2024 melonjak RM132 kepada RM4,159 setan metrik, November 2024 meningkat RM95 kepada RM4,096 setan metrik, manakala Disember 2024 bertambahRM104 kepada RM4,051 setan metrik.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...